Monday, October 18, 2010

Penjagaan CD


1. Tidak boleh menggunakan pelembut (softener) kerana ia membuatkan kurang daya penyerapan
2. Tidak boleh diseterika
3. Apabila lampin terkena najis,
keluarkan insert, buang najis dalam mangkuk tandas dan kemudian cuci.
4. Untuk tahan lebih lama, masukkan lampin dan insert ke dalam laundry bag sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh (Sila rujuk Testimoni Penggunaan CD)
5. Jika terdapat kotoran degil pada insert, cuba hilangkan menggunakan cuka. Jangan menggunakan Clorox atau peluntur. Jemur dibawah matahari kerana ia dapat melunturkan warna secara semulajadi.
6. Selepas digunakan beberapa bulan dan merasakan CD kurang menyerap,lakukan strip diaper. (untuk menghilangkan sebarang lapisan kalis air yg terbentuk dari mendapan sabun pencuci)

Cara Membuat Strip Diapers


1. Masukkan 1/2 cawan cuka makan ke dalam 1/2 baldi air
2. Rendamkan insert dan lampin selama 10-15 minit
3. Bilas dan keringkan. (Anda akan mendapati lampin dan insert akan lebih ringan)

Sekiranya pernah terguna softener semasa membasuh CD

1. Gunakan sabun pencuci pinggan yang terkenal dengan kuasa penghapusan minyak (contohnyer sunlight)
2. Basahkan diapers atau insert yang mengalami kalis air
3. Ambil sedikit cecair pinggang mangkuk tersebut dan gosokkan terus ke diapers atau insert yg tidak menyerap air. Tidak perlu dicairkan
4. Gosok sehingga rata
5. Bilas dan keringkan
6. Ulangi sehingga anda rasa lampin atau insert dapat menyerap

0 comments:

Post a Comment