Tuesday, October 12, 2010

Cara Membasuh Cloth Diapers

Penggunaan kali pertama
-Asingkan CD dan insert di dalam baldi yang berbeza bagi mengelakkan CD turun warna
- Rendam CD dalam air panas semalaman sebanyak 2 kali
 (Air panas digunakan bagi menghilangkan bahan kimia ketika proses pembuatan dikilang)
- Bagi basuhan ke3, cuci dengan sedikit sabun dan letakkan didalam mesin basuh
- Sebaiknya gunakan 'laundry bag' bagi menjamin jangka hayat CD
- Pastikan serbuk pencuci yang digunakan tiada peluntur, pelembab dan bahan kimia
- Jemur dibawah cahaya matahari / dibawah kipas (jika CD dicuci waktu malam)

Selepas digunakan..

-Sekiranya anak anda hanya membuang air kecil, keluarkan insert dari CD
– Jika terdapat najis, pancutkan air paip ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau
- masukkan ke dalam 'laundry bag' dan seterusnya dalam mesin basuh

0 comments:

Post a Comment